LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE TAMAN LAUT DAN PEMANTAUAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL (SHIP TO SHIP) DI PERAIRAN MELAKA

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar bin Arshad mengadakan lawatan kerja ke Taman Laut Melaka serta membuat pemantauan aktiviti Kapal ke Kapal (Ship to Ship) di sekitar perairan negeri Melaka.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri; YBrs. Tuan Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) serta pegawai-pegawai Badan Kawal Selia Air Melaka.
Lawatan ini bertujuan meninjau secara langsung potensi Taman Laut Melaka sebagai salah satu daya tarikan baharu negeri yang berteraskan konsep eko-pelancongan marin, merangkumi pemeliharaan biodiversiti laut, khazanah semula jadi serta ekosistem perairan yang bernilai tinggi. Inisiatif ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk mempelbagaikan produk pelancongan secara mampan di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar marin.
Selain itu, lawatan ini turut melibatkan pemantauan rapi terhadap aktiviti perkapalan di perairan Selat Melaka, khususnya aktiviti Kapal ke Kapal (Ship to Ship) yang merupakan antara aktiviti strategik di perairan negeri. Pemantauan ini penting bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan secara teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, di samping mengoptimumkan potensi hasil negeri serta memperkukuh kecekapan pengoperasian maritim Melaka.
YB Datuk Wira berharap agar Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) dapat terus mempertingkatkan mutu tadbir urus, penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan secara berterusan dan berkesan. Usaha ini amat penting bagi menjamin kelestarian perairan negeri, keselamatan aktiviti maritim serta menyokong pembangunan ekonomi maritim Melaka secara holistik dan mampan.
Sumber : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …