APMM RAMPAS TUJUH TAN MINYAK SAWIT MENTAH DI SANDAKAN

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki dan merampas tujuh tan minyak sawit mentah disyaki tidak mempunyai permit di perairan Sandakan, di sini, tengah malam tadi.

Kedua-dua lelaki membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dan seorang lagi lelaki warga asing berusia 42 tahun yang mengendalikan bot membawa muatan minyak sawit mentah itu ditahan pada jam 12.55 tengah malam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot itu ditahan oleh kapal peronda yang melaksanakan operasi kira-kira 0.8 batu nautika tenggara dari Kampung Gas, di sini.

Katanya, bot berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua lelaki gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan serta mengangkut minyak sawit.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu tidak mempunyai permit atau kebenaran sah daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM75,000 dan dibawa ke jeti Zon Maritim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bot membawa muatan minyak sawit mentah ditahan APMM kerana disyaki tidak mempunyai permit di perairan Sandakan.

Muhamad Suhairy berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

“Kes juga disiasat mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Peraturan-peraturan Pelabuhan Dermaga (Kapal Kecil Berlesen Sabah) 2008 kerana gagal mempamerkan lesen, nombor pendaftaran dan membawa muatan minyak sawit mentah tanpa kebenaran,” katanya.

Muhamad Suhairy menegaskan pihaknya akan terus memperketat rondaan dan penguatkuasaan bagi menbanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara. 

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …