MPAG PERKUKUH BUDAYA KERJA, BERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT

Alor Gajah – Semua warga kerja Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) diingatkan supaya terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, responsif dan berorientasikan penyelesaian bagi memastikan setiap perkhidmatan kepada rakyat adalah yang terbaik.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MPAG adalah barisan hadapan yang memikul tanggungjawab amat signifikan.

“Ini kerana setiap tindakan dan keputusan dibuat memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat khususnya.

“Setiap aduan, permohonan dan keperluan rakyat perlu ditangani secara proaktif, telus serta berintegriti kerana ini adalah kayu pengukur menilai keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Pentadbiran MPAG yang turut dihadiri Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, di Dewan Bougainvilla MPAG, di sini, hari ini.

Menurut beliau, dengan iltizam yang padu dan semangat kebersamaan MPAG mampu merealisasikan hasrat kepimpinan negeri, sekali gus menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Justeru itu, saya berharap semua warga kerja MPAG untuk terus melangkah kehadapan dan memperkukuhkan iltizam demi kecemerlangan organisasi.

“Selain itu juga dengan pencapaian dan pengiktarafan yang diperoleh diharap dapat menjadi pendorong untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …