SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU

Durian Tunggal – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program baharu bagi membantu penduduk kampung melalui pemberian beras lima kilogram setiap dua minggu.

Menurutnya, program yang menyerupai ‘Ziarah Kasih’ itu membolehkan beliau turun padang dan meluangkan masa seharian di kampung, selain beramah mesra bersama penduduk.

“Program ini dijangka bermula pada Mei 2026 dan setiap kunjungan akan diatur mengikut kawasan atau kampung di DUN Durian Tunggal.

“Inisiatif ini serupa dengan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) tetapi dengan fokus lebih peribadi supaya saya dapat berinteraksi secara dekat dengan warga kampung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zahari berharap program itu bukan sahaja dapat meringankan beban penduduk melalui sumbangan beras, malah turut mengukuhkan ikatan komuniti serta menggalakkan semangat saling bantu-membantu.

“Setiap kunjungan akan dijalankan dengan penuh kesungguhan dan saya berharap rakyat Durian Tunggal menyambut baik inisiatif ini yang memberi peluang untuk mengenali wakil rakyat mereka dengan lebih dekat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …