PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. Pihak UKJR kali inIi telah memenuhi jemputan daripada HARIMIC (Malaysia) Sdn Bhd, untuk berkongsi ilmu mengenai :-

✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Penunggangan Selamat:
• Kepentingan merancang perjalanan.
• Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal sebelum memulakan perjalanan (T-CLOCK)
• Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
• Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
• Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
• Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …