TANJUNG MINYAK PALING RAMAI JADI MANGSA JENAYAH SIBER

Ayer Keroh – Balai Polis Tanjung Minyak di bawah daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah kes jenayah siber tertinggi sepanjang tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kempen ‘Taskforce’ Bagi Menangani Judi Dalam Talian, Internet Fraud Dan Jenayah Siber Negeri Melaka Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Menurut beliau, berdasarkan data diterima daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, sebanyak 282 kes telah diterima di kawasan berkenaan melibatkan nilai kerugian hampir RM9.5 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, modus operandi tertinggi direkodkan adalah membabitkan penipuan pembelian dalam talian iaitu sebanyak 53 kes, diikuti tipu tawaran pekerjaan dan pinjaman tidak wujud, selain terdapat juga kes ah long dan pecah amanah dilaporkan.

Selain Tanjung Minyak, beliau berkata, Balai Polis Ayer Keroh dan Melaka Tengah turut merekodkan bilangan kes tinggi di Negeri Melaka iaitu masing-masing sebanyak 208 dan 193 kes.

“Di daerah Alor Gajah pula, Balai Polis Alor Gajah mencatat bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 175 kes, diikuti Balai Polis Masjid Tanah 146 kes dan Balai Polis Durian Tunggal dengan 123 kes.

“Manakala Balai Polis Merlimau menjadi yang tertinggi di daerah Jasin dengan 146 kes dan 125 kes di Balai Polis Jasin.

“Jumlah kes terendah yang diterima adalah di Balai Polis Asahan dengan hanya dua kes; Balai Polis Simpang Bekoh (tiga kes) dan masing-masing empat kes di Balai Polis Batang Melaka dan Tebong,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, bagi menangani jenayah di kawasan yang merekodkan bilangan kes tertinggi, Polis Melaka bakal turun ke kawasan terlibat bagi mengadakan pelbagai program pencegahan jenayah.

Jelas beliau, program itu meliputi ceramah, pameran, ‘meet and greet’ dan sembang santai bersama penduduk bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …