KEBURUKAN SIFAT SUKA DUDUK SAMBIL SILANG KAKI!

Tengah Duduk Silang Panggung Ke Tu? Sila Turunkan Kaki Sekarang!

Rasa selesa kan? Rasa ‘confident’ kan?

Tapi cuba tengok apa jadi kat dalam badan korang masa tengah silang kaki tu:

Pinggul Jadi Senget (Pelvic Tilt)

Bila satu kaki naik atas, tulang pelvis korang terpaksa senget sebelah. Tulang belakang pun ikut melekuk. Lama-lama duduk macam ni, jangan pelik kalau pinggang rasa bisa semacam.

Kilang “Urat Sarang Labah-Labah” (Spider Veins)

Korang perasan tak ada urat halus biru/ungu mula timbul kat betis atau peha?

Itulah padahnya! Bila silang kaki, korang “kepit” salur darah utama. Darah tak boleh naik ke jantung, dia berkumpul kat kaki sampai urat bengkak.

Tekanan Darah Naik

Kajian tunjuk duduk silang kaki boleh naikkan tekanan darah (systolic) serta-merta sebab darah dipaksa lawan arus yang sempit.

Tips Sikittt..

Duduklah dengan tapak kaki RATA di lantai (flat on floor).

Kalau rasa lenguh, bangun jalan sekejap. Bukan silang kaki.

Nak nampak sopan tak semestinya kena seksa urat saraf.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …