ICELAND NEGARA PALING SELAMAT DI DUNIA

Iceland diiktiraf secara meluas sebagai salah satu negara paling selamat di dunia. Ia adalah berdasarkan penilaian kadar jenayah yang rendah, kesejahteraan sosial, dan keselamatan digital. Selain itu, statistik menunjukkan bahawa kadar jenayah di Iceland, termasuk jenayah keganasan dan jenayah harta benda berada pada tahap yang minimum berbanding negara-negara lain. Fenomena ini berkait rapat dengan faktor demografi, sosial, dan institusi.

Jumlah penduduk Iceland adalah kecil kira-kira 370,000 orang membolehkan ia membentuk komuniti yang rapat dan bersatu. Komuniti ini secara tidak langsung meningkatkan pengawasan sosial yang mengutamakan tingkah laku dan kepatuhan terhadap undang-undang. Kesepaduan komuniti ini terbukti dapat mengurangkan risiko jenayah dan memperkukuh keselamatan awam.

Selain itu, sistem keadilan dan sosial di Iceland menekankan pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat. Pendekatan holistik ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup malah dapat mengurangkan tekanan sosial dan ekonomi yang sering menjadi punca kepada jenayah. Dasar-dasar ini mencerminkan prinsip pencegahan jenayah yang berasaskan kesejahteraan sosial berbanding kekerasan kepada penguatkuasaan undang-undang.

Manakala dalam konteks digital, Iceland mempunyai infrastruktur keselamatan siber yang mantap dan teratur. Ia dapat melindungi data peribadi dengan ketat bagi memastikan keselamatan bukan sahaja dalam dimensi fizikal tetapi juga dalam dunia maya untuk mennagkis ancaman siber.

Kesimpulannya, keselamatan di Iceland diukur melalui peratusan kadar jenayah yang rendah, kesepaduan sosial, sistem keadilan dan perlindungan data digital. Ia menunjukkan bahawa keselamatan negara yang menyeluruh dapat dicapai melalui integrasi sosial, institusi dan teknologi. Justeru itu Sekiranya pendekatan ini diterapkan secara konsisten di Malaysia. Tidak mustahil untuk negara kita boleh duduk setara dengan negara Iceland dalam keselamatan fizikal dan siber bagi membina masyarakat yang lebih harmoni dan selamat.

Sumber: World Happiness Report (WHR): Laporan tahunan daripada United Nations Sustainable Development Solutions Network

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …