SEMPADAN NEGARA: KEDAULATAN DAN KESELAMATAN MALAYSIA

🇲🇾TAHUKAH ANDA?

Sempadan negara merupakan manifestasi kedaulatan Malaysia yang merangkumi wilayah daratan, perairan maritim dan ruang udara. Ia bukan sekadar garisan pada peta, sebaliknya benteng utama keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan tanah air.
Malaysia mempunyai sempadan darat sepanjang 3,254.5 kilometer yang melibatkan sempadan dengan Thailand, Indonesia dan Brunei. Justeru, kewujudan pos kawalan keselamatan, pagar dan tembok sempadan serta sistem pengawasan yang menyeluruh merupakan instrumen strategik dalam melindungi negara daripada sebarang ancaman keselamatan.
🗣️Kenyataan YB Menteri Dalam Negeri:
“Keselamatan sempadan negara adalah asas kepada kedaulatan dan ketenteraman awam. Ia menuntut komitmen bersepadu kerajaan serta sokongan padu rakyat untuk memastikan Malaysia kekal aman, berdaulat dan sejahtera.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Keselamatan sempadan bukan hanya tanggungjawab kerajaan,
tetapi tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia.
Ayuh kita bersama-sama memelihara keamanan dan mempertahankan tanah air tercinta.
Sumber; Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#KeselamatanSempadan
#KedaulatanNegara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …