TINJAUAN PENYIAPAN MENAIKTARAF MENARA PENYELAMAT PANTAI APM TANJUNG BIDARA

Masjid Tanah – Lawatan YS Lt Kol (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka dan Encik Syahrul Rizal bin Shamsudin, Penolong Pegawai Tadbir ke Menara Penyelamat Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Alor Gajah.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau penyiapan kerja-kerja menaiktaraf bangunan Menara Penyelamat Pantai APM Tanjung Bidara yang dilaksanakan oleh pihak ICU Negeri Melaka.
Turut dihadiri Kapt.(PA) Shahrulnizam bin Mad Shah, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah bersama Lt.(PA) Erma binti Rizuan, Pegawai Sekretariat JPBD dan Angkatan PDPA Alor Gajah.
Sumber : Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …