CUBAAN SELUDUP ROKOK RM6,000 KE PULAU BANGGI GUNA FERI GAGAL

RAMPAS: Rokok seludup yang berjaya dirampas semasa serbuan di dalam feri berkenaan.

KUDAT: Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai menggunakan perkhidmatan feri ke Pulau Banggi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dalam satu operasi di perairan daerah ini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, operasi dijalankan selepas memperoleh maklumat risikan berkaitan pergerakan rokok seludup yang dipercayai dibawa keluar menggunakan laluan feri awam.

“Bertindak denga maklumat, sebuah bot rondaan Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi sebelum pemeriksaan dijalankan terhadap feri berkenaan oleh pasukan operasi.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan seorang lelaki yang disyaki cuba membawa keluar rokok seludup tanpa cukai ke Pulau Banggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemukan enam kotak mengandungi rokok seludup dengan nilai anggaran keseluruhan kira-kira RM6,000.

“Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kudat bagi siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana memiliki serta membawa rokok yang disyaki tidak bercukai,” katanya.

Katanya, Zon Maritim Kudat menegaskan komitmen berterusan agensi itu dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim di perairan negara.

Orang awam juga digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 bagi tindakan segera.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …