TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Seksyen Keselamatan Jalan Raya dan Unit FALCON, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. JPJ Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan daripada ADTEC JTM Kampus Perai, Pulau Pinang sempena pendaftaran pelajar baharu kampus tersebut. Perkongsian maklumat berkaitan:-

Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Membudayakan Penunggangan Selamat:
• Kepentingan mempunyai Lesen Kenderaan Motosikal (LKM)
• Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
• Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
• Larangan pengubahsuaian motosikal sehingga menyebabkan fungsi keselamatan motosikal tersebut terjejas dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Perkongsian berkaitan:
• 7 kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya.
• Peringatan tentang kesalahan lari dari sekatan jalan raya dan akibatnya yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …