TINDAKAN SEGERA DIAMBIL ATASI SISTEM SALIRAN SUNGAI

SELENGGARA: Pemasangan pembentungan baharu ketika dalam proses penyelenggaraan selepas kejadian banjir.

RANAU: Tindakan segera telah diambil termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem saliran sungai susulan kejadian banjir yang melanda Kampung Mohimboyon dan Kg. Lipantai di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, antara tindakan yang dilaksanakan segera ialah pembersihan sistem perparitan, pemasangan paip pembentung baharu, penambahbaikan laluan air serta penyelenggaraan kemudahan awam yang terjejas bagi mengelakkan risiko banjir berulang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan itu berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu.

Masidi dalam pada itu memastikan Pusat Khidmat DUN Karanaan sentiasa bersiap sedia untuk memantau serta memberi bantuan kepada kawasan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat.

Baru-baru ini, sebanyak 19 buah kenderaan yang terperangkap akibat laluan yang dinaiki air berjaya diselamatkan oleh sukarelawan pacuan empat roda daripada Kundasang Highland Four Wheel Drive Club (KH4WDC), Kilimu Garage (KGR) dan Red Army 4X4.

Pihak polis turut menjalankan pemantauan di kedua-dua kampung berkenaan bagi memastikan keadaan terkawal dan keselamatan penduduk sentiasa terjamin.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …