PENYALAHGUNAAN AI UNTUK HASILKAN KANDUNGAN MEMUDARATKAN ADALAH SATU KESALAHAN

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dan memandang serius aduan orang awam berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) di platform X, termasuk penggunaan AI untuk memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan yang tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

MCMC menegaskan bahawa penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lainnya melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan yang berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM.

Dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), platform dalam talian dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform tersebut tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan.

MCMC kini sedang menyiasat kemudaratan dalam talian yang berlaku di X dan akan memanggil wakil platform berkenaan.

MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian, khususnya berkaitan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

Pengguna Internet dan mangsa dinasihatkan untuk melaporkan kandungan memudaratkan kepada platform berkaitan serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian MCMC.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …