DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Khatan Perdana KADUN Jawi 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sungai Jawi telah berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang serta Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah. Antara agenda utama program ialah perarakan bersama peserta-peserta khatan yang diiringi paluan kompang, bunga mangga dan hiasan bunga telur, sekali gus memelihara tradisi dan budaya masyarakat Melayu. TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang turut berkenan menyembur air ke atas peserta-peserta khatan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Bomba Sukarela Sungai Jawi.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg



