LATIHAN KEBAKARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah melaksanakan latihan kebakaran bagi menguji keberkesanan sistem pencegahan kebakaran serta tahap pengurusan kecemasan di premis MBSP.

Latihan ini bertujuan memastikan warga MBSP sentiasa peka terhadap amaran kecemasan, mengetahui tindakan segera yang perlu diambil serta menggunakan laluan kecemasan yang ditetapkan. Pelaksanaan latihan adalah selaras dengan keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta perundangan berkaitan.

Latihan ini merangkumi ujian sistem pemadaman kebakaran termasuk penggera kebakaran, peralatan pemadam api dan kemudahan keselamatan lain. Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) turut menunjukkan tahap kecekapan yang baik dalam mengendalikan situasi kecemasan serta membantu proses pengungsian staf dan orang awam.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …