PROGRAM BIMBING KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya dan Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. JPJ Negeri Pulau Pinang telah telah menerima jemputan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk berkongsi ilmu mengenai :-

✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Penunggangan Selamat:
+ Kepentingan mempunyai Lesen Kenderaan Motosikal (LKM)
+ Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
+ Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
+ Larangan pengubahsuaian motosikal sehingga menyebabkan fungsi keselamatan motosikal tersebut terjejas dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …