PROGRAM BIMBING KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya dan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (FALCON), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. JPJ Negeri Pulau Pinang telah telah menerima jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang untuk berkongsi ilmu mengenai :-

Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Penunggangan Selamat:
+ Kepentingan mempunyai Lesen Kenderaan Motosikal (LKM)
+ Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
+ Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
+ Larangan pengubahsuaian motosikal sehingga menyebabkan fungsi keselamatan motosikal tersebut terjejas dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.  KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota …

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri? Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera …

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …