SUKAN MELAKA 2025 CIPTA REKOD BAHARU

Bandaraya Melaka – Sukan Melaka 2025 mencatat rekod baharu dengan penyertaan lebih 15,600 peserta, jauh mengatasi pencapaian edisi sebelumnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, acara sukan itu bukan sekadar pertandingan, tetapi medan untuk membina kekuatan fizikal, ketahanan mental dan semangat para peserta.

Beliau berkata edisi 2025 kali ini lebih banyak acara menarik ditampilkan meliputi sembilan jenis sukan antaranya bola sepak, sepak takraw, badminton serta sukan tradisional seperti Dam Aji dan Konda Kondi.

“Inilah semangat yang kita mahu tanamkan dalam jiwa setiap peserta iaitu semangat juang, disiplin dan cinta terhadap sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2025 Peringkat Negeri Melaka Piala YAB Ketua Menteri Melaka serta Perlawanan Akhir Bola Sepak di Stadium Hang Tuah di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam serta barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Ab Rauf turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pegawai pasukan serta para penyokong yang menjadi nadi kejayaan penganjuran tersebut.

“Sudah tentu usaha ini mampu menyokong agenda pembangunan Sukan Melaka ke arah lebih progresif dan inklusif.

“Untuk makluman penganjuran Sukan Melaka 2025 bermula di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Julai 2025, sebelum diteruskan ke peringkat negeri pada 5 September dan melabuhkan tirainya pada 22 Disember 2025,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …