LORI ATM REMPUH TRELER BAWA JENGKAUT, ENAM CEDERA

REMPUH: Lori ATM remuk teruk di bahagian hadapan selepas merempuh sebuah treler membawa jengkaut.

KINABATANGAN: Dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersepit manakala empat lagi cedera selepas lori ATM bertembung dengan sebuah treler membawa jengkaut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua anggota ATM yang masing-masing pemandu dan penumpang lori lima tan mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Dua lagi anggota ATM yang berada di bahagian belakang lori serta pemandu dan penumpang treler dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, lori ATM terbabit dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau sebelum bertembung dengan treler yang membawa muatan jentera berat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55 malam sebelum enam anggota dikerahkan ke lokasi.

“Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas. Semua mangsa diberi rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.28 malam selepas keadaan disahkan selamat dan tiada bahaya lanjut di lokasi kejadian.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …