YAYASAN PETRONAS BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA SAMBUT KRISMAS

Paya Rumput – Usaha membantu meringankan beban rakyat yang akan menyambut perayaan krismas tidak lama lagi diteruskan menerusi agihan sumbangan kepada 150 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Paya Rumput.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu adalah hasil kerjasama Yayasan Petronas yang tampil untuk menceriakan lagi sambutan krismas golongan kurang berkemampuan di kedua-dua DUN berkenaan.

Katanya, selain berkongsi rezeki usaha itu secara tidak langsung menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Bagi program kali ini Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000 melibatkan kit makanan dan biskut raya.

“Pihak Japerun pula memberikan sumbangan wang tunai kepada setiap penerima,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Krismas Peringkat DUN Paya Rumput Dan DUN Sungai Udang Dengan Kerjasama Yayasan Petronas di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Taman Paya Emas, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Petronas Selatan, Mohd Zaki Mahat dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Refining Company Sdn Bhd, Mohd Sykry Awang Hassim.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, amat mengalu-alukan lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri khususnya dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan memerlukan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada syarikat GLC seperti Petronas kerana tidak henti-henti membantu rakyat Melaka, sebelum ini di DUN Paya Rumput mereka telah bantu anak-anak kurang berkemampuan membeli kelengkapan pakain seragam badan beruniform.

“Saya lihat sekiranya lebih banyak GLC yang tampil melakukan CSR seperti ini pastinya akan lebih meriah untuk mereka yang memerlukan menerima bantuan. Mewakili Kerajaan Negeri saya ucapkan terima kasih kepada GLC yang tidak jemu membantu menghulurkan sumbangan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

JANGAN PANIK DENGAN UJIAN MYSIREN

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐒𝐈𝐑𝐄𝐍 MySiren akan diuji secara serentak di seluruh negara pada Ahad, 29 November 2026, pukul 10.10 …

SABAH PERLU HOSPITAL TRAUMA, REHABILITASI KHUSUS

PERASMIAN: Hajiji menyempurnakan gimik penutupan Kursus First Responder Life Support (CPR) and Fitness 2026. KOTA KINABALU: Sabah memerlukan sebuah hospital …

SENI DAN TEKNOLOGI PERLU DIBANGUNKAN SECARA SEIMBANG: HAJIJI

CENDERAMATA: Isnin menerima cenderamata daripada penganjur selepas mewakili Hajiji merasmikan PASTIK 2026 di Dewan Resital UMS. KOTA KINABALU: Kemajuan teknologi …