KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐‰๐š๐ฒ๐š (๐‡๐’๐‰) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐Ÿ–๐Ÿ๐Ÿ” ๐‘๐’๐€๐“ ๐๐” ๐๐ฎ๐ญ๐ญ๐ž๐ซ๐ฐ๐จ๐ซ๐ญ๐ก atas penganjuran kempen derma darah bersama Unit Perubatan Transfusi HSJ sepanjang tahun 2025.
Sepanjang tahun 2025, 816 RSAT PU Butterworth telah menganjurkan empat program derma darah di premis mereka pada tarikh berikut:
โ€ข 26 Februari 2025
โ€ข 6 Mac 2025
โ€ข 12 Jun 2025
โ€ข 11 Disember 2025
Dengan kutipan keseluruhan 224 unit darah, 816 RSAT PU Butterworth telah menjadi salah satu rakan strategik utama Unit Perubatan Transfusi HSJ dalam usaha memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak 816 RSAT PU Butterworth atas kerjasama erat serta sokongan berterusan terhadap kempen derma darah HSJ.
Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2025, Unit Perubatan Transfusi HSJ turut menyampaikan plak dan sijil penghargaan kepada 816 RSAT PU Butterworth dalam program derma darah yang diadakan pada 11 Disember 2025.
Semoga jalinan kerjasama murni ini dapat diteruskan demi menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa akan datang.
Sumber : Derma Darah Penangย https://www.facebook.com/dermadarahpenang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam โ€“ Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …