REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70

Ayer Keroh – Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 bertukar menjadi detik paling bermakna apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah utama berupa sebuah Proton S70.

Pemenang, Muhammad Syafiq Abdul Aziz, 33, berasal dari Duyong menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki anaknya, Luth Mikael Muhammad Syafiq, 4.

Berkongsi momen tersebut, Muhammad Syafiq berkata keputusan membeli tiket penyertaan oleh isterinya, Nurfadhilah Mohd Rosli,34, dibuat pada saat akhir tanpa sebarang jangkaan besar atau menaruh harapan tinggi untuk menang adalah tindakan tepat.

Katanya, dia dan isteri hampir pulang lebih awal apabila anak mereka mula meragam akibat kepenatan.

“Memang niat mahu pulang awal sebab anak sudah tidak selesa. Ketika berjalan menuju ke kereta untuk pulang seorang rakan menghubungi saya, katanya mahu berjumpa. Jadi saya menangguhkan hasrat untuk pulang.

“Tanpa disangka ketika itulah rezeki kami sekeluarga, apabila nombor bertuah kami dipanggil,”katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dataran MITC, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Syafiq berkata, kemenangan tersebut dianggap hadiah paling bermakna, apatah lagi sebagai pasangan muda yang sedang membesarkan seorang anak.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …