FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN

Ayer Keroh – Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival D’Bendang Melaka 2025 yang akan bermula pada 19 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abdul Azis berkata, selain menghimpunkan usahawan desa dari negeri ini turut dibawa untuk bersama-sama menjayakan festival kali ini adalah usahawan dari luar Melaka.

“Penganjuran kali ini membabitkan seramai 187 usahawan ia termasuk 50 orang yang dibawa khas oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Malah sebanyak 25 agensi di bawah Kerajaan Negeri termasuk KKDW akan mengambil bahagian dan membuat pameran sepanjang tiga hari berlangsungnya festival,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Siti Faizah yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, selain itu, turut diadakan 42 acara sukan membabitkan pelbagai peringkat usia sepanjang festival berlangsung.

“Selain mengekalkan sukan rakyat seperti sebelum ini beberapa acara baharu turut diperkenalkan antaranya pertandingan kayak, konda-kondi, dam aji, sumpit dan muay thai.

“Tahun ini juga kita akan menyampaikan anugerah kepada pencipta logo D’Bendang yang mana anugerah ini disediakan oleh Kerajaan Negeri dan logo ini kita akan patenkan,” katanya.

Jelasnya, segala persiapan untuk penganjuran karnival giat dijalankan termasuk hebahan kepada orang ramai.

“Untuk penganjuran kali ini indeks prestasi utama (KPI) yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada kita untuk kehadiran pengunjung seramai 40,000 orang,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …