PROGRAM WRUR 2026 BERKONSEP BAHARU

Seri Negeri – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) pada tahun depan akan berkonsep baharu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Menurut Ketua Menteri, berbeza dengan tahun 2025 yang diadakan selama dua minggu, pada tahun hadapan, WRUR akan diadakan mengikut susunan Parlimen dan dilaksanakan selama seminggu bagi setiap baki Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen terbabit.

Jelas beliau, WRUR 2026 akan bermula pada April di Parlimen Alor Gajah membabitkan tiga buah DUN iaitu Asahan, Gadek dan Machap Jaya dan bakal diakhiri pada September di Parlimen Masjid Tanah iaitu di DUN Tanjung Bidara.

“Sepanjang 2025, WRUR telah berlangsung di sembilan DUN iaitu bermula dengan Kuala Linggi pada Januari dan diakhiri dengan Bukit Katil pada Disember.

“Mengikut perancangan pada tahun depan, WRUR akan dilaksana bermula di Parlimen Alor Gajah iaitu DUN asahan pada 5 hingga 11 April, diikuti Gadek pada 12 hingga 18 April dan Machap Jaya pada 19 hingga 25April 2026.

“Daripada contoh Parlimen Alor Gajah ini, WRUR akan dirasmikan pada DUN pertama iaitu Asahan pada 5 April dan penutupnya akan diadakan di Machap Jaya pada 25 April,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diluluskan bagi penganjuran WRUR di setiap DUN, Ab Rauf memaklumkan sejumlah RM285,000 diluluskan bagi setiap DUN.

Jelas beliau, jumlah itu merangkumi anggaran perbelanjaan berjumlah RM100,000, penganjuran sukan rakyat RM30,000, pembaikan sukan komuniti RM50,000; projek pembangunan kecil RM100,000 dan RM5,000 lagi bagi penganjuran jualan Agro MADANI.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …