BAJET NEGERI MELAKA 2026 DIBENTANG HARI INI

Seri Negeri – Bajet Negeri Melaka 2026 akan dibentang hari ini oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ia bersempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas.

Bajet Negeri Melaka 2026 menjadi tumpuan rakyat seluruh negeri ini bagi melihat inisiatif baharu yang dijangka bakal memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan negara.

Penyediaan bajet 2026 itu telah bermula sejak awal Mac tahun ini dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak menerusi sesi libat urus seperti jabatan dan agensi negeri, agensi Persekutuan, pemain industri, komuniti setempat serta rakyat Melaka.

Selain itu, input rakyat turut diperolehi melalui program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT), maklum balas menerusi media sosial rasmi Ketua Menteri serta cadangan yang disalurkan oleh penduduk secara langsung kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan masing-masing.

Pada masa sama, ia turut mengambil kira usul yang dibahaskan oleh wakil belia dalam Persidangan Dewan Belia Negeri Melaka pada bulan Ogos 2025.

Sama seperti tahun lalu, bajet 2026 juga masih mengekalkan inisiatif berasaskan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Exco.

Rakyat Melaka yang ingin menyaksikan pembentangan Bajet 2026 boleh menyaksikannya secara langsung menerusi Facebook rasmi Ketua Menteri, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …