AUNM 2025 RAIKAN USAHAWAN CEMERLANG MELAKA

Klebang – Lebih 124 usahawan cekal, kreatif dan cemerlang diraikan pada Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2025 berlangsung meriah di sebuah hotel, di sini, semalam.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata majlis berprestij itu menjadi platform Kerajaan Negeri menzahirkan pengiktirafan terhadap usahawan yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi Melaka.

Katanya, majlis tersebut menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri untuk terus melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing global, bermentaliti juara dan beretika.

“Majlis AUNM 2025 membuka ruang baharu kepada belia, wanita, komuniti luar bandar dan pelbagai lapisan pendapatan.

“Sebanyak 10 kategori dipertandingkan dan dua anugerah khas yang dipilih dalam kalangan pemenang yang mana setiap pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai, trofi dan juga sijil penghargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama, Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Tuminah Kadi @ Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong serta kenamaan lain

Mengulas lanjut, Allex Seah turut memaklumkan 10 kategori yang dipertandingkan membabitkan Usahawan Mikro, Usahawan Kecil, Usahawan Sederhana, Usahawan Belia, Usahawan Wanita, Usahawan Digital dan fInovasi, Usalhlawan OKU sancUsahawan Industri Asas Tani (IAT), Usahawan Global dan Koperasi Terbaik.

“Kerajaan Negeri akan memperkukuh dasar mesra usahawan, membina ekosistem yang menyokong inovasi, mempercepatkan pendigitalan serta membuka ruang seluas-luasnya agar syarikat tempatan dapat berkembang ke pentas antarabangsa,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …