18 RUMAH ATAS AIR MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG KURNIA JAYA

MUSNAH: Sekurang-kurang 18 buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar.

TAWAU: Sebanyak 18 rumah atas air di Batu 4, Kampung Kurnia Jaya, musnah dalam kebakaran petang tadi, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan api daripada merebak ke kira-kira 500 rumah lain di kawasan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang, sebelum jentera bergegas ke lokasi sejauh lapan kilometer dari balai.

Katanya, seramai 25 anggota bomba digerakkan, termasuk 20 anggota dari BBP Tawau serta lima anggota Bomba Bantuan dari BBP Kunak dan Bomba Komuniti Titingan.

“Turut membantu empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 18 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba pada jam 4.34 petang, api sudah marak dan memusnahkan deretan rumah tidak kekal atas air. Sebuah kereta turut terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan secara ‘defensive’ menggunakan dua aliran 400 kaki serta dua pancutan air daripada tangki jentera dan sumber air terbuka iaitu air laut.

“Hasil tindakan pantas anggota di lokasi, api berjaya dikawal daripada terus merebak ke kawasan penempatan yang padat,” katanya.

Jemishin berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 4.45 petang, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.47 petang selepas kawasan disahkan selamat.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

  

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …