BAJET NEGERI MELAKA 2026: ADA BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM

Ayer Keroh – Pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 bakal membawa khabar gembira untuk penjawat awam negeri ini, kata Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh.

Bagaimanapun, kata beliau, semua pengumuman itu hanya akan diketahui pada Jumaat ini (5 Disember 2025) yang akan diumumkan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Seperti saya katakan, jika (dinilai) dari segi pencapaian (penjawat awam), boleh dikatakan memang A+ untuk tahun ini.

“Insya-Allah, berita baik akan menanti penjawat awam juga. Namun, berapa jumlah dan sebagainya, kita tunggu hari Jumaat ini,” katanya ketika bersiaran di MelakaFM pada program ‘Kokenut Shake Dulu’ dengan topik bertajuk Menjelang Bajet Negeri Melaka 2026, hari ini.

Menurut Salhah, orang ramai yang ingin menyaksikan pembetangan Bajet Negeri Melaka 2026 bolehlah menontonnya di platform rasmi Kerajaan Negeri Melaka dan Ketua Menteri.

“Dijangka pembentangan Bajet akan diadakan pada sesi kedua, Jumaat ini, iaitu selepas sesi soalan lisan,” ujar beliau.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …