BAJET NEGERI MELAKA 2026: DARIPADA BAYI HINGGA DEWASA AKAN TERIMA MANFAAT

Ayer Keroh – Bajet Negeri Melaka 2026 yang akan dibentangkan Jumaat ini (5 Disember 2025) bakal membawa khabar gembira kepada seluruh rakyat negeri ini.

Itu bayangan dikongsikan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh.

Menurut beliau, penyediaan bajet tahun depan itu telah bermula seawal Mac lalu menerusi sesi libat urus bersama agensi dan jabatan Kerajaan Negeri serta pemain-pemain industri, selain pandangan dan suara rakyat juga turut diambil kira.

Jelas beliau, kesemua dapatan daripada libat urus dan pandangan rakyat telah disatukan dalam menghasilkan sebuah bajet yang holistik, komprehensif dan merangkumi semua kumpulan sasar.

“Pada pandangan awal, insya-Allah, tiada kumpulan rakyat yang akan tercicir dan semua akan ada sesuatu yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Dari segi perancangan kita, ia (Bajet 2026) memberi manfaat daripada bayi hinggalah orang dewasa.

“Apapun, kita nantikan pembentangan bajet oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Jumaat ini dan kita harap ia akan diterima baik oleh rakyat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran di MelakaFM pada program ‘Kokenut Shake Dulu’ dengan topik bertajuk Menjelang Bajet Negeri Melaka 2026, hari ini.

Mengulas mengenai gambaran hala tuju Bajet Negeri Melaka 2026, Salhah memaklumkan, ia bakal memberi fokus kepada tiga agenda utama iaitu ekonomi, kesejahteraan rakyat dan perkhidmatan awam.

“Selain itu, bajet yang disediakan ini juga melibatkan 11 portfolio Exco, di samping kita juga membuat satu lagi pengasingan pecahan iaitu membabitkan portfolio TVET.

“Pada masa sama, inisiatif terdahulu yang memberi impak besar kepada rakyat juga akan diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …