KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

BANTU KAMI

Setiap titisan darah amat berharga. Setiap kempen yang dianjurkan, bermakna lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Kami perlukan anda untuk bersama-sama menjadi wira tanpa jubah! Dengan menganjurkan kempen derma darah, anda memainkan peranan LANGSUNG dalam memastikan bekalan darah di hospital sentiasa mencukupi.
Kami dari Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan anda. Kami uruskan proses derma darah, anda bantu sediakan:
👥 Peserta: Sekurang-kurangnya 30 orang penderma.
🏠 Ruang: Minimum 800 kaki persegi (40ft x 20ft) & berhawa dingin.
🪑 Kemudahan: 6-10 meja dan 20-30 kerusi.
Mudah sahaja! Ikut 3 langkah ini:
1️⃣Hubungi kami di 04-2225161 untuk tentukan tarikh.
2️⃣Promosikan kempen kepada komuniti anda.
3️⃣Sediakan ruang & peralatan.
Jangan tunggu lagi! Hubungi kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada misi mulia ini.
Sumber : Derma Darah Penang https://www.facebook.com/dermadarahpenang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …