EMPAT SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN TERJEJAS RIBUT TROPIKA SENYAR

Empat sekolah rendah di Negeri Sembilan membabitkan seramai 1,038 murid melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan banjir disebabkan Ribut Tropika Senyar yang berlaku pada Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Khalidah Omar, empat sekolah terjejas ialah SK Jijan (420 murid), SK Sega (132 murid), SK Jimah (426 murid) dan SJKC Ladang Tanah Merah Site A (60 murid).

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Port Dickson dan SMK Dato Shamsudin Nain di Rantau pula dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan ribut. Jurutera JPN serta Pejabat Pendidikan Daerah sedang mengenal pasti segala kerosakan dan kita masih mengumpulkan maklumat daripada beberapa sekolah lain lagi yang turut terjejas. Namun situasi terkawal dan langkah susulan telah diambil.

Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Jimah berikutan rumah mereka dinaiki banjir. Dua calon lagi dilaporkan berdepan masalah untuk ke sekolah bagi menghadapi peperiksaan kerana jalan untuk ke sekolah mereka dinaiki banjir.

Beliau akan berbincang dengan pihak sekolah berkenaan calon yang terjejas banjir ini sama ada tempatkan mereka di asrama sekolah menengah terdekat atau tinggal sementara di rumah saudara. Perkembangan lanjut kami akan maklumkan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …