SIRI I: STATISTIK KECENDERUNGAN PERNIAGAAN, SUKU KEEMPAT 2025 SIARAN TERKINI : 27 NOVEMBER 2025

RAMALAN PRESTASI PERNIAGAAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2025

Peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan yang menggalakkan pada suku keempat 2025, disokong oleh petunjuk keyakinan yang positif, yang mencerminkan optimisme merentasi sektor utama berbanding suku sebelumnya (Paparan I).

Dalam kalangan semua sektor yang disurvei, sektor Perkhidmatan kekal menunjukkan keyakinan yang tinggi dengan mencatatkan CI sebanyak +10.0 peratus, peningkatan ketara berbanding +1.5 peratus pada suku ketiga 2025. Peningkatan sentimen ini didorong oleh subsektor Insurans (+41.1%), Pendidikan (+25.6%) dan Kesihatan (+22.8%). Begitu juga, Sektor Industri menunjukkan jangkaan yang terus kukuh dengan merekodkan CI sebanyak +5.8 peratus, meningkat daripada +2.2 peratus pada suku sebelumnya, disokong terutamanya oleh subsektor Elektrik & Air (+22.1%) dan Pertanian (+19.0%). Selain itu, sektor Perdagangan Borong dan Runcit mencatatkan pemulihan yang ketara, dengan CI meningkat kepada +3.5 peratus pada suku keempat 2025, berbanding -7.3  peratus pada suku sebelumnya. Hanya Sektor Pembinaan terus mencatatkan sentimen pesimis, dengan CI sebanyak -1.2 peratus, namun ini menunjukkan prospek yang lebih baik berbanding -2.0 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya (Paparan II).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …