DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Mr. Deacon Lazarus Anthony Jonathan, Administrator & Finance – Minor Basilica of St. Anne merangkap Chairman of the Committee for The Great Pilgrimage of Hope 2025.
Kunjungan tersebut diadakan bersempena penganjuran program The Great Pilgrimage of Hope yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 30 November 2025. Pertemuan ini turut membincangkan aspek keselamatan, kelancaran trafik serta bentuk kerjasama strategik antara PDRM dan pihak penganjur bagi memastikan program keagamaan berskala besar itu berjalan dengan teratur, lancar dan selamat.
Sumber : PDRM Pulau Pinang https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



