MPHTJ PERKENAL KONSEP PERUMAHAN ‘TIADA LORONG BELAKANG’

Ayer Keroh – Konsep perumahan baharu ‘Zero Lot Terrace’ yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bukan sahaja lebih praktikal malah meningkatkan keselamatan penduduk setempat.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, inisiatif konsep ‘Zero Lot Terrace’ atau Rumah Teres Tanpa Lorong Belakang yang diketengahkan itu adalah hasil Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) dalam menghasilkan Inovasi Reka Bentuk Pembangunan.

“Konsep diperkenalkan JKB ini lebih praktikal dan mesra komuniti malah ia juga menjurus kepada elemen reka bentuk anti jenayah dengan menghapuskan lorong belakang yang gelap.

“Malah dengan konsep yang diketengahkan ini juga ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan dan pengawasan kawasan kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ Bagi Bulan November yang berlangsung di Kompleks Melaka Mall, baru-baru ini.

Menurut Sapiah, MPHTJ menerusi JKB juga turut mencipta penanda aras baharu apabila Agenda Transformasi Digital telah berjaya melaksanakan pengemukaan Pelan Bangunan Secara Digital sepenuhnya.

“Usaha ini turut menerima pengiktarafan ‘Malaysia Productivity Corporation’ sehingga menjadikan MPHTJ antara pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia melaksanakan kaedah ini,” katanya.

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-16, Sapiah memaklumkan beberapa penganjuran program akan diadakan termasuklah Kejohanan Golf Piala YDP MPHTJ dan Kempen Derma Darah.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …