DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang.Program seumpama ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baharu yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya selaras dengan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).
Program seumpama ini bertujuan memberi pengetahuan berkaitan:
– Keselamatan ketika membonceng motosikal.
– Pemakaian keselamatan ketika membonceng motosikal terutama pemakaian topi keledar yang mengikut spesifikasi yang mempunyai pensijilan MS (SIRIM), sesuai dengan saiz kepala dan dipakai dengan betul seperti tali yang diikat dengan kemas dan tidak terlalu longgar.
– 5 Langkah Melintas Jalan Raya dengan selamat di kawasan lintasan belang.
Sumber ; JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



