EMPAT SEKOLAH DI DURIAN TUNGGAL AKAN DITAMBAH BILIK DARJAH

Ayer Keroh – Empat sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan menerima penambahan bilik darjah bagi menampung peningkatan jumlah murid di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas menerima aduan mengenai isu kekurangan bilik darjah menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal baru-baru ini.

“Sekolah kebangsaan di Belimbing Dalam sudah menerima peruntukan bagi penambahan bilik darjah tahun hadapan.

“Kita jangkakan empat lagi sekolah akan menyusul bagi pembinaan bilik darjah baharu antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, SK Durian Tunggal dan SK Gangsa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Zahari, selain sekolah rendah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal juga telah menerima surat kelulusan bagi penambahan bilik darjah namun proses lantikan kontraktor masih belum dibuat.

“Sekolah menengah juga kita sedang usahakan, surat kelulusan sudah ada cuma kita tunggu lantikan kontraktor sahaja.

“Kita mahu semua sekolah di DUN Durian Tunggal lebih selesa dan mampu menampung jumlah murid yang semakin meningkat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …