MUZIUM DARUL RIDZUAN – WARISAN DIPELIHARA, BUDAYA DISANJUNG

IPOH, 24 November 2025 : Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Muzium Darul Ridzuan, diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri bersama jabatan dan agensi berkaitan. Lawatan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan mengenai sejarah setempat serta memantapkan hubungan strategik antara agensi melalui pendekatan pembelajaran berbentuk warisan.

Rombongan telah diberikan penerangan terperinci mengenai sejarah dan perkembangan Muzium Darul Ridzuan, yang bertempat di sebuah banglo kolonial berusia lebih 100 tahun, dibuka pada tahun 1992. Pada asalnya dibina sebagai kediaman tokoh perlombongan Eropah, bangunan ini kemudiannya dijadikan muzium khusus untuk mendokumentasikan sejarah pembangunan negeri Perak, termasuk sektor perlombongan bijih timah, perhutanan, serta proses pembangunan bandar Ipoh. Kini, muzium ini berperanan sebagai pusat pemuliharaan warisan dan sumber rujukan penting kepada masyarakat serta generasi muda bagi memahami evolusi sosio ekonomi negeri.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada nilai sejarah dan warisan Perak, malah menyuntik semangat untuk terus memperkukuh identiti negeri melalui perkongsian pengetahuan dan penghayatan sejarah.

MKN Negeri Perak

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …