LORI LEBIH MUATAN DISITA

Sebuah kenderaan barangan lori Tipper/ Dumper membawa muatan tanah telah disita oleh JPJ Pulau Pinang kerana telah mengubahsuai bucket kenderaan bertujuan untuk membawa lebih muatan, melebihi had dibenarkan sebanyak 84.4% ( lebihan sebanyak 15,200 Kg ) setelah ditimbang di JPJ Seberang Jaya Pulau Pinang.

Taktik pengusaha Lori dengan membawa muatan paras menggunakan bucket yang diubahsuai dari asal kepada lebih besar telah berjaya dihidu oleh anggota penguatkuasa JPJ. Selain itu kenderaan tersebut dikesan melakukan kesalahan lain seperti Tayar Haus berlebihan. JPJ Pulau Pinang telah menyita Kenderaan tersebut dibawah seksyen 80(1) APAD 2010.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …