BAJET NEGERI MELAKA 2026: TERUSKAN MOMENTUM POSITIF PELANCONGAN MELAKA

Klebang – Pemain industri berharap Bajet Negeri Melaka 2026 memberikan perhatian khusus kepada usaha untuk meneruskan momentum positif sektor pelancongan negeri yang berkembang pesat dan rancak susulan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, inisiatif untuk merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan juga perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk melibatkan utara dan selatan negeri ini.

“Pelancongan tidak boleh lagi tertumpu di satu lokasi sahaja, contoh di Melaka Tengah atau Banda Hilir semata-mata. Pelaksanaan kempan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) dan Tahun Melawat Melaka 2.0 adalah masa yang tepat untuk kita kembangkan serta teroka lagi destinasi pelancongan baharu selain terus mempromosikan produk sedia ada.

“Kita perlu mempelbagaikan produk di semua ketiga-tiga daerah agar sektor pelancongan terus menjadi pemangkin ekonomi kepada rakyat tempatan. Menerusi inisiatif dalam sektor pelancongan rakyat juga mendapat tempias, menjana pendapatan sampingan dan menghidupkan ekosistem ekonomi tempatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata sehubungan itu Bajet Negeri Melaka 2026 yang bakal dibentangkan nanti diharapkan lebih menyeluruh dan inklusif serta mensejahterakan rakyat yang bergantung kepada sektor pelancongan.

“Saya yakin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempunyai perancangan dan idea yang jelas dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya daripada aspek kesihatan serta ekonomi, terus diberi perhatian,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …