MUZIUM SASTERA MELAKA PUSAT ILMU, DESTINASI PELANCONGAN BUDAYA

Banda Hilir – Memasuki usia tiga dekad penubuhannya, Muzium Sastera Melaka terus memperkukuh peranan sebagai pusat ilmu, penyelidikan persuratan Melayu dan destinasi pelancongan budaya.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata, sejak ditubuhkan pada 27 Mei 1995 muzium itu berfungsi sebagai wadah menghimpunkan khazanah karya dan tokoh sastera tanah air.

“Tiga dekad bukanlah tempoh singkat, penubuhan muzium ini memainkan peranan penting dalam memelihara warisan persuratan bangsa.

“Koleksi dipamerkan merangkumi manuskrip lama, karya klasik, biografi tokoh sastera dan evolusi penulisan moden menjadi benteng penting bagi memastikan khazanah bahasa dan kesusasteraan Melayu tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Muzium Sastera Melaka yang turut dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah di muzium berkenaan, di sini, hari ini.

Zaidi turut menegaskan bahawa muzium itu bukan sekadar tempat menyimpan artifak sastera tetapi menjadi institusi menghubungkan sastera dengan pelancongan, pendidikan dan penyelidikan.

“Justeru sambutan ulang tahun ini bukan sekadar peringatan tetapi pengiktirafan terhadap jasa besar Muzium Sastera Melaka dalam mendokumentasi, memelihara dan memartabatkan warisan sastera negara.

“Saya harap muzium ini terus memperkukuh peranannya sebagai pusat ilmu dan penyelidikan, menjadi jambatan antara warisan sastera dengan generasi muda di Melaka,” katanya.

Untuk rekod penubuhan Muzium Sastera Melaka bermula pada 1984 di bawah kepimpinan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebelum memiliki bangunan sendiri pada 1995. Muzium ini dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Shahbuddin Al-Haj ketika itu pada 27 Mei 1995.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …