BAHAYA ROBLOX MENYEBABKAN IA DISEKAT / DIHARAMKAN DI BEBERAPA NEGARA
Terdapat beberapa negara telah bertindak untuk mengharamkan permainan ini.
Pada Ogos 2024, Turkiye telah bertindak mengharamkan permainan ini yang menyebabkan jutaan pemain tidak lagi boleh mengaksesnya di negara tersebut.
Ianya berikutan dakwaan wujudnya parti seksual dianjurkan di dalam permainan ini dengan kanak-kanak diberikan mata wang maya Robux untuk menyertainya.
Terkini, Iraq juga telah mengharamkan platform permainan video dari Amerika Syarikat tersebut, atas dakwaan mengandungi kandungan berunsur seksual, penghinaan agama serta risiko ugutan dalam talian terhadap kanak-kanak bawah umur, menurut kenyataan Kementerian Komunikasi negara itu. Dalam kenyataan Kementerian Komunikasi Iraq berkata, langkah pengharaman itu diambil bagi melindungi ketenteraman sosial, memelihara nilai moral serta menjamin keselamatan pengguna internet di Iraq. Kementerian berkenaan mengumumkan pengharaman permainan Roblox di seluruh negara selaras dengan keputusan Mahkamah Agung.
Walaupun Malaysia masih lagi belum mengharamkan permainan ini, namun ibu bapa diingatkan untuk mengambil langkah kawalan bagi membendung gejala negatif berkaitan permainan ini.
LANGKAH KAWALAN
Langkah kawalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengurangkan kesan keburukan / bahaya Roblox adalah seperti berikut:
- Mengaktifkan “Parental Control” dalam akaun.
- Memantau permainan yang mereka main dan siapa yang mereka “chat”.
- Tetapkan masa skrin harian.
- Jangan membiarkan mereka bermain berseorangan.
- Ajar mereka mengenai perbezaan permainan dan dunia serta realiti sebenar.
Kesimpulannya, Roblox boleh jadi medium kreatif dan menyeronokkan, tapi di Malaysia, cabarannya ialah kawalan kandungan, pembelian Robux, dan keselamatan sosial maya. Jika dipantau dengan betul, ia boleh bantu pelajar faham asas pembangunan game.
Tapi tanpa bimbingan, ia mudah menjadi ruang pendedahan berisiko tinggi kepada kanak-kanak.
*Sumber eCentral



