Statistik jenayah seksual di Terengganu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus bagi tempoh 6 bulan pertama tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya di mana 108 kes dilaporkan berbanding 104 kes pada tempoh sama tahun lepas.
Antara faktor penyumbang kepada jenayah ini adalah kurangnya kepekaan ibu bapa tentang trend jenayah semasa melibatkan kanak-kanak serta kurang perhatian daripada ibu bapa dan ahli keluarga sehingga mangsa takut untuk menceritakan perkara sebenar.
Ibu bapa kena lebih peka terhadap penggunaan gajet anak-anak dan memantau aktiviti harian mereka. Masyarakat juga perlu mengambil cakna dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak berkuasa.
Jenayah seksual yang paling kerap berlaku ialah rogol dan sumbang mahram. Kes rogol meningkat kepada 41 kes berbanding 37 kes pada 2024, manakala sumbang mahram pula mencatat sembilan kes berbanding lima kes sebelumnya. Mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia lima tahun sehingga remaja 27 tahun, dengan suspek berumur antara 15 hingga 72 tahun.
Pihak berkuasa telah mengambil langkah seperti penubuhan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) cawangan Dungun untuk membantu proses merakam keterangan mangsa dan saksi kanak-kanak, terutamanya di kawasan Terengganu Selatan.
Peningkatan kes ini dikatakan mencerminkan keruntuhan kawalan sosial, kemerosotan nilai moral, serta kurangnya kefahaman dalam kalangan remaja. Pihak berkuasa negeri perlu mengambil cakna dan menggesa masyarakat supaya lebih perihatin dalam jenayah senyap ini.
Sumber:
- https://thesun.my/berita/tempatan/jenayah-seksual-di-terengganu-meningkat-38-pada-2025-cp14393001/
- https://www.sinarharian.com.my/article/753546/berita/semasa/rogol-sumbang-mahram-kekal-70-kes-di-terengganu-mangsa-termuda-6-tahun



