TANDA BADAN TENGAH BANJIR GULA

Ramai tak sedar, setiap kali kita minum air manis atau makan snek bergula, gula dalam darah perlahan-lahan meningkat. Bila dah terlalu lama tinggi, badan mula “banjir gula” tanpa kita perasan.

Tahap gula yang tinggi secara berterusan bukan sekadar buat rasa haus atau letih.

Ia sebenarnya mencetuskan radang dalam saluran darah dan organ dalaman.

Radang inilah yang perlahan-lahan menyebabkan:

🔴 Kerosakan buah pinggang

🔴 Serangan jantung dan strok

🔴 Masalah penglihatan hingga menjadi buta

🔴 Kerosakan saraf yang menyebabkan kebas atau hilang deria rasa di hujung jari

Semua ini berlaku senyap-senyap tanpa tanda jelas.

Jika ada tanda-tanda seperti mulut kering, craving manis, cepat letih atau berat badan berubah mendadak,

➡ Segera dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.

➡ Kurangkan minuman manis, lebihkan air kosong & makanan semula jadi seperti lemak sihat dan sayur.

➡ Lakukan pemeriksaan gula darah sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jaga gula, sebelum gula “jaga” kita.

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …