TIGA KILANG E-WASTE DI TERENGGANU DISITA JAS

Tiga kilang memproses sisa elektronik (E-Waste) di Terengganu telah disita oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang tahun ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, sebanyak 3,300 metrik tan bahan sisa telah dirampas untuk diproses oleh agensi berlesen.

Beliau menjelaskan bahawa kes pencemaran akibat aktiviti E-Waste di negeri ini masih berada pada tahap terkawal. Sejak Januari 2021 hingga Jun 2025, premis berlesen di bawah JAS seluruh negara telah memproses 536,709 metrik tan sisa elektronik.

Razali turut menegaskan bahawa kerajaan negeri bersama JAS akan terus mempertingkat pemantauan terutama di kawasan perindustrian Teluk Kalong dan Kertih, Kemaman bagi memastikan pelepasan sisa serta pencemaran udara sentiasa terkawal.

Dalam majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 peringkat negeri, beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk memperkukuh kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan ekonomi kitaran dan kempen bebas plastik. Usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna bukan sahaja dapat mengurangkan sisa di tapak pelupusan, tetapi juga mencegah pencemaran laut serta melindungi ekosistem marin.

Sumber: Harianmetro

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …