184 PATI DITAHAN DI NILAI

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menahan 184 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan berkaitan undang-undang imigresen dalam operasi di sebuah kilang bateri di Nilai di sini paad Rabu.  Menurut Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang, kesemua yang ditahan terdiri daripada 163 lelaki dan 21 wanita membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Indonesia yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 49 tahun.

Mereka yang ditahan adalah daripada 219 warga asing yang diperiksa dalam operasi selama hampir empat jam bermula 7.50 pagi. Tindakan penguatkuasaan itu katanya susulan aduan awam berhubung keberadaan warga asing disyaki bekerja tanpa pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Semasa operasi dijalankan, terdapat pendatang asing menyorok di sebalik mesin bekalan kuasa dan ada yang bersembunyi di celahan susunan produk kilang untuk menyelamatkan diri daripada dicekup oleh pasukan operasi. Bagaimanapun, mereka berjaya dikesan dan kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …