KES JENAYAH LIBAT PELAJAR DI NEGERI SEMBILAN MENINGKAT

Kes jenayah melibatkan pelajar sekolah di Negeri Sembilan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil langkah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri bagi menanganinya.

Pihaknya melihat berlaku sedikit peningkatan iaitu kes jenayah melibatkan pelajar sekolah yang bukan sahaja berlaku dalam kawasan sekolah, tetapi juga di luar sekolah. Antaranya membabitkan jenayah buli, gangguan seksual, keganasan dan pukul serta amang seksual. Jika mengikut peratusan, kenaikan hanya pada kadar 0.2 peratus sahaja.

Selain itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan akan melakukan pemeriksaan secara mengejut di beberapa sekolah berasrama terpilih. Ia akan dilaksanakan dengan kadar segera dan sekolah-sekolah itu telah dikenal pasti. Ini adalah permintaan pihak sekolah itu sendiri dan tumpuan utama kita ialah memberi kesedaran kepada pelajar serta menerapkan nilai-nilai murni, sahsiah diri termasuklah soal akidah.

Pada masa sama,  polis juga akan meningkatkan lawatan ke sekolah-sekolah, manakala Ketua Polis Daerah telah diarahkan meneliti serta membuat risikan berkenaan setiap laporan kes yang diterima.

Mengulas mengenai tindakan segelintir institusi yang cuba menyembunyikan kes jenayah demi menjaga reputasi, Alzafny menegaskan perkara sebegitu tidak berlaku di Negeri Sembilan. Pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi mengelakkan salah faham pada masa akan datang. Semua pihak perlu telus dan dalam siasatan pun, kita memang melaksanakannya secara menyeluruh untuk memastikan tidak berlaku sebarang salah faham pada masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …