Etnik Melayu menyumbang 51.8 peratus (103,118 kematian) daripada jumlah kematian pada 2024 berbanding 51.7 peratus (101,829) pada 2023. Kematian bagi etnik Cina dan India masing-masing kekal tidak berubah daripada 26.3 peratus dan 8.4 peratus pada 2024.
Kematian Bumiputera Lain menurun kepada 10.6 peratus (2023: 10.7%). Bumiputera Sabah menyumbang 49.7 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (38.8%), Bajau (26.3%), Murut (5.6%) dan Bumiputera Sabah lain (29.3%). Bumiputera Sarawak (41.4%) terdiri daripada Iban (61.7%), Bidayuh (15.8 %), Melanau (12.0%) dan Bumiputera Sarawak lain (10.5%).
Perak merekodkan CDR tertinggi dengan 8.2 kematian, manakala W.P. Putrajaya merekodkan CDR terendah dengan 2.5 kematian bagi setiap 1,000 penduduk. Selain itu, 11 negeri merekodkan CDR melebihi paras nasional (5.9), iaitu Perak (8.2), Kedah (7.6), Perlis (7.5), Pulau Pinang (7.1), Negeri Sembilan (7.0), Sarawak (6.5), Pahang (6.3), Terengganu (6.2), Kelantan (6.2), Johor (6.0) dan Melaka (6.0).
Kumpulan umur 70-74 tahun merekodkan jumlah kematian tertinggi pada 2024 dengan 24,513 kematian (12.3%) berbanding kumpulan umur lain. Sementara itu, kumpulan umur 5-9 tahun merekodkan bilangan terendah dengan 412 kematian (0.2%) pada 2024.
Umur purata kematian merekodkan penurunan daripada 65.5 tahun pada 2023 kepada 65.4 tahun pada 2024. Sementara itu, umur penengah kematian kekal tidak berubah 69.0 tahun pada 2024.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



