MyKad yang rosak boleh menyukarkan pelbagai urusan harian seperti di bank, klinik, sekolah dan juga urusan bantuan kerajaan.
Anda perlu menukar kad pengenalan (MyKad) jika cipnya rosak, kad fizikal rosak, maklumat berubah, atau kad hilang. Selain itu, kad pengenalan juga perlu diganti sebaik sahaja mencapai umur 18 tahun, setelah mencapai umur 25 tahun, atau apabila pertukaran alamat telah dibuat dan akan tinggal selama 90 hari atau lebih di alamat baharu tersebut.
Infografik Bila Perlu Anda Tukar Kad, Tips Penjagaan Mykad dan cara yang Mudah untuk ganti Mykad:

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara



