KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN, KAWAL SEBELUM PARAH!

Ketagihan permainan dalam talian boleh menjejaskan tumpuan, prestasi dan masa depan pelajar. Gunakan masa terluang untuk menimba ilmu, bukan mengejar skor permainan.

Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi, penggunaan internet dan peranti  digital dalam kalangan remaja tidak lagi dapat dielakkan. Walaupun teknologi menawarkan  pelbagai manfaat dalam pembelajaran dan komunikasi, ia juga membuka ruang kepada satu  krisis senyap yang semakin membarah iaitu ketagihan digital, khususnya ketagihan permainan  dalam talian atau Internet Gaming Disorder (IGD). Berdasarkan kajian berskala besar oleh  Mohamed et al. (2023), kira-kira 3.5% pelajar sekolah menengah di Malaysia memenuhi  kriteria IGD, menjadikannya satu isu kesihatan mental yang tidak boleh dipandang ringan. IGD didapati paling merosakkan dari aspek kognitif, emosi, dan  sosial, kerana ia melibatkan penglibatan aktif, persaingan maya, dan pencapaian ganjaran  tiruan yang sangat mempengaruhi fungsi otak.

Kesan Ketagihan Digital di Kalangan Remaja 

Kajian terbaharu oleh Mohamed et al. (2024) menunjukkan kaitan langsung antara IGD dan  gangguan kebimbangan sosial (Social Anxiety Disorder, SAD).

Lebih 40% daripada 1,574  pelajar sekolah menengah yang dikaji menunjukkan simptom kebimbangan sosial yang tinggi,  dan mereka yang mengalami IGD mempunyai risiko dua kali ganda untuk mengalami SAD.

Selain itu, mereka juga menunjukkan tahap impulsiviti yang lebih tinggi, sukar mengawal  emosi, dan mudah stres. IGD juga boleh menjejaskan prestasi akademik, menyebabkan  pengasingan sosial, gangguan tidur, dan dalam kes yang lebih serius, membawa kepada  kemurungan dan kecenderungan membunuh diri.
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan bersama. Ingat, pelajar yang bijak mengurus masa dan cemerlang dalam pelajaran adalah juara sebenar!

Sumber:PDRM

Artikel/Berita Terkini

KONSEP IKIGAI DALAM KEPIMPINAN: MERUNGKAI TUJUAN HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MINDA

Setiap daripada kita pada asasnya adalah seorang pemimpin—sama ada kepada diri sendiri, institusi keluarga, mahupun sebuah organisasi. Dalam menelusuri perjalanan …

EL NINO BERLARUTAN, JPS SEDIA 606 PAM KECEMASAN

Krisis air yang pernah melanda negara tidak boleh dipandang ringan. Fenomena El Nino yang diramal berlanjutan sehingga awal 2027 berisiko …

KESELAMATAN KESIHATAN: GULA DAN ROKOK, DUA RISIKO YANG PERLU DIKAWAL

Gula dan rokok mungkin kelihatan sebagai dua perkara yang berbeza, namun kedua-duanya mempunyai persamaan dari sudut keselamatan kesihatan iaitu kesan …